Thursday 19 May 2011

esok sy kene jmpe my sis in law.....to my sis in law....plizzzzz la ubah pragai awak tuh....pliz okeyh!!!

to my sis in law...awak dah baik...tapi sya ttp xsuka dgan cara awak layan family kami...toloooonnnnnng la sgt2...kami  kat sini sume berharap awak leh ubah pragai awak...bkan ape....kalau awak ubah mesti kami lagi bhgia....mcam2 sy dggar pasal awk....ayooo...sakit hati sy....adab dgn kluarga mertua ni same jer dgn adab keluarga sndri.....awak misti tau kan???coz awak tu kan dlu skolah agama,mak awak pon ustazah...kalu yer pon awak nk blik kampung awk agak2 la...cube la bersikap adil....bkan xbg blik....sepatutnyer awak patot tahu yg bila seorang wanita dah berkahwin dgn suami,sepatutnyer taat dan hormat suaminya n keluarga si suami...bkan nk pesedap hati awak jer....sy semakin MELUAT dgn awak keyh????dah la awak blik umah kami awak duk pesedap on9 dalam bilik jer...ada x awak tolong mak kat dapur????sapu lantai????ni tau nk melantak n nak berjalan jer......pliz2!!!!ubah peragai awak tuh...kalau mcm ni la awak layan mak suami awak(mak mertua) macam nieh.....tak kan terhidu la syurga ...bkan nk tnjuk bguz...tp.....sy dah lama tahan ngan prgai awk to....mesej in khas untk my kak ipar:
BERUBAHLAH...


hukum:


Sering terjadi masalah hubungan 3 hala: Suami, isteri & ibu si suami. Kalau suami cuba memberi layanan yang baik kepada si isteri, ibunya akan merasa sempit dadanya. Kadangkala terjadi juga, apabila suami menunaikan hak ibunya, si isteri pula yang merasa sempit dadanya. Si ibu merasa tidak redha selagi anaknya tidak menyakiti hati anak menantunya. Begitulah seterusnya..

Si suami merasa serba salah. Ibu atau isteri? Ibu ada hak yang perlu ditunaikan. Kata-katanya perlu didengari. Syurga di bawah telapak kakinya. Si isteri pula teman hidupnya. Ibu kepada anak-anaknya. Ada hak-hak yang perlu ditunaikan. Isteri wajib dilayan dengan baik. Perlu diberi keperluan hidup yang secukupnya sekadar kemampuan. (Ruj: Al-Nisaa': 19, al-Baqarah: 229, al-Nisaa':21)

Kedua-duanya tidak boleh disakiti. Baik si ibu. Baik si isteri.

Dalam masalah ini, perlunya masing-masing pihak bertaqwa kepada Allah. Agar dengannya, masing-masing tidak mengganggu orang lain dari menunaikan haknya kepada yang berhak. Dan tidak menghalang orang lain dari menerima hak yg sewajarnya.

Si ibu perlu bertaqwa kepada Allah. Dia tidak boleh mengganggu anaknya dari menunaikan hak kepada isterinya. Menghalang anak dari perkara ini adalah salah. Dia juga tidak boleh menjebakkan anaknya sendiri ke dalam jurang derhaka kepadanya. Apabila anaknya memberi keperluan hidup kepada isterinya atau memberi sedikit kesenangan sekadar yg termampu, itu bukanlah kerana mahu menyakiti hatinya atau menderhaka kepadanya. Sepatutnya dia merasa gembira kerana anaknya adalah anak yg baik dan bertanggungjawab terhadap isterinya.

Si isteri, mempunyai tanggungjawab melayan ibu kepada suaminya dengan sebaik-baik layanan. Ibu suaminya adalah ibunya juga. Itu adalah salah satu dari tanggungjawab isteri kepada suaminya, iaitu melayan ibunya seperti ibu sendiri.

Bagaimana buruk dan tidak baik sekalipun tingkah lakunya, dia adalah ibu suaminya. Bila berlaku perselisihan dengannya, bersabarlah. Di samping itu berusahalah dengan cara hikmah dan bijaksana agar si ibu mertua itu insaf dan sedar akan tanggungjawabnya.

HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN

1. Apakah hak anda sebagai seorang isteri?

Seseorang isteri itu adalah berhak kepada :

i) Nafkah
ii) Kasih sayang dari suami
iii) Hak untuk mendapatkan keadilan

2. Apakah yang dimaksudkan dengan nafkah?

Nafkah ialah perbelanjaan yang wajib dikeluarkan oleh suami terhadap isteri.


3. Apakah nafkah-nafkah yang wajib ke atas suami terhadap isterinya?

Nafkah itu adalah seperti :

i) Makan dan minum;
ii) Pakaian;
iii) Tempat tinggal;
iv) Perubatan; dan
v) Pembantu rumah sekiranya perlu

4. Bilakah nafkah ini boleh dituntut?

Nafkah boleh dituntut pada bila-bila masa semasa perkahwinan masih berlangsung.

5. Berapakah kadar nafkah?

Kebiasaannya kadar nafkah adalah berdasarkan kepada kemampuan dan kedudukan kewangan suami.

6. Bagaimanakah hak nafkah seorang isteri itu boleh gugur?

Hak nafkah seorang isteri itu boleh gugur jika dia nusyuz atau enggan menurut perintah suami.

7. Apakah yang dimaksudkan dengan nusyuz?

Nusyuz ialah keengganan isteri untuk menurut kemahuan dan perintah suami seperti menjauhkan diri daripada suami, meninggalkan rumah suami atau enggan berpindah bersama suami tanpa sebab yang sah mengikut Hukum Syara'.

8. Bilakah tempoh penerimaan nafkah akan tamat?

Tempoh penerimaan nafkah akan tamat apabila pemberi (suami) atau penerima nafkah (isteri) meninggal dunia atau isteri telah didapati nusyuz.

9. Adakah seseorang isteri itu berhak untuk menerima nafkah sekiranya dia tidak lagi menjadi nusyuz ?

Ya, seseorang isteri itu adalah berhak untuk menerima nafkahnya sebaik sahaja si isteri itu tidak lagi nusyuz.

10.Apakah yang dimaksudkan sebagai nafkah tertunggak?

Nafkah tertunggak ialah nafkah yang tidak dibayar atau tidak diberi oleh suami bermula dari tarikh perkahwinan mereka atau bermula dari tarikh tertentu sepanjang perkahwinan mereka.

11. Bolehkah isteri menuntut tunggakan nafkah?

Ya, isteri boleh menuntut tunggakan nafkah mengikut peruntukan undang-undang keluarga Islam

1 comment: